Adzuki Chigiri Bun Dari Maru Bakes & Dessert Baru Yang Nampak Macam Yogurt

Hai korang! Masa hari first PKPB hari tu kan aku ada pergi MyNews dekat area rumah aku sebab nak cari kudapan untuk work from home nanti. Aku suka datang MyNews ni sebab barang-barang dan makanan dia ala-ala convenience store atau konbini dekat Jepun.

Masa aku pusing-pusing cari makanan best tu aku ternampak la Adzuki Chigiri Bun dari Maru Bakes ni. Adzuki tu bermaksud kacang merah dalam bahasa Jepun. Sebenarnya chigiri bun ni bukan la roti baru yang dijual dekat MyNews ni. Sebelum ni Maru Bakes ada chigiri bun perisa chocolate (Roti Samad), strawberi dengan pandan. Perisa paling aku suka dah semestinya Roti Samad dengan strawberi. Kalau dua perisa ni memang beratus kali aku repeat beli.

Jadi, aku ingat nak reviewlah Chigiri Bun perisa baru ni. Mungkin akan masuk list makanan favourite aku pulak ke nanti. Harga seketul roti ni RM3.50 satu. Actually ada promo tau beli chigiri bun korang boleh tambah RM1.99 untuk setin kopi Wonda.

Aku fave chigiri bun ni sebab roti dia lembut giler. Aku tak tau macam mana diorang buat bagi jadi lembut macam ni. Krim putih tu rasa dia nice sangat dan light-light je tapi manis sikit la.

Paling aku tunggu sebenarnya apa rasa adzuki tu. Sebabnya selalu aku makan bakeri yang ada inti kacang merah mesti kurang sedap la, keras sangat la, manis sangat la ataupun ada yang rasa dari perasa je. Tapi surprisingly kacang merah dia banyak melimpah ke ladang gandum pastu memang rasa biji-biji kacang merah tu dan tekstur pun best tau.

Overall, aku memang akan repeat beli Adzuki Chigiri Bun dari Maru Bakes ni. Awesome guys!

Okay korang, aku bukan beli Chigiri Bun je tau kat MyNews ni. Masa aku ronda satu MyNews ni aku terberhentilah dekat chiller dia. Aku tilik satu-satu dari sandwich, minuman, ready-to-eat meal sampailah dessert. Aku ternampak satu benda ni macam ada dalam iklan kat TV.

Tara~~~ korang mesti ingat yogurt kan? Aku pun sama sebenarnya masa tengok iklan tu ingat yogurt hahaha. Cuba baca betul-betul ada tertulis D-E-S-S-E-R-T. Dessert ni dari brand Lactel. Aku pun baru time tu la nak baca betul-betul sebab terfikir kenapa yogurt warna coklat dia pekat sangat. Aku actually pernah makan yogurt perisa Lactel ni yang asli punya. Hmm sihat sangat rasa dia.

Okay aku go through satu-satu dulu ya. First, chocolate. Coklat dia superb giler korang. Aku suka sangat dessert coklat ni. Tekstur macam makan mousse. Memang chocolatey taste sangat. Coklat dia pun terasa makan coklat mahal. Tak manis sangat, tak sepahit dark chocolate dan rasa macam mousse. Memang aku akan repeat beli lagi yang ni. No doubt.

Okay seterusnya untuk perisa vanilla pulak, bagi aku beshe-beshe aje. Rasa macam inti kastad dalam creampuff tu. Sedap juga yang vanilla ni creamy-creamy rasa dia cuma aku takkan repeat la kot.

Okay, konklusinya MyNews banyak jual makanan yang sedap-sedap untuk korang yang busy dengan life seharian korang. Diorang ada juga jual oden dan aiskrim Maru. Malangnya aku tak pernah rasa lagi memandangkan MyNews area kawasan aku takde oden dengan aiskrim Maru tu.

#mynews #chigiribun #lactel #dessert #adzukichigiribun #marubakes

Kedai Tteokbokki “We Got Married”? – SEOUL, SOUTH KOREA 2018 PART 4

Masih lagi pada hari kedua ya korang…

Kitorang tak lama pun kat Petite France lagipun tak silap bas setiap setengah jam ke setiap sejam sekali tah. Alang-alang dah nak dekat pukul 3 kot masa tu kitorang pun tunggulah bas kat depan pintu gerbang Petite France tu. Lagipun kitorang nak cepat sebab kalau lambat nanti Garden of Morning Calm dah gelap. Musim luruh kan gelap awal tak macam musim panas. Pukul 5.30 petang pun dah gelap dah.

Perjalanan ke Garden of Morning Calm dari Petite France jauh ye korang sebab dia perhentian akhir sekali dalam jadual bas tu. Nak dekat sejam kot baru sampai. Dahsyat ye ahjusshi bawak bas. Dengan jalannya ala-ala naik Cameron Highlands dari Tapah gitu.

Ada signboard besar drama “Lovely Horribly”
Kaunter tiket Garden of Morning Calm
Jalan masuk garden


Tiket masuk Garden of Morning Calm (GOMC) ni actually aku tak ingat harga dia. Maybe dalam linkungan 6000won (RM20) macam tu. Tapi sebab aku ada kupon diskaun KTO (Korea Tourism Organization), so dapatlah murah sikit.

Gazebo kat sini korang boleh buat untuk solat tau.


Masa kitorang sampai sini, kitorang tak solat lagi tau. So kitorang decide untuk solat kat gazebo yang ada kat situ. Bersih gazebo dia. Mula-mula takut jugak nak solat kat situ sebab takut guard tak bagi kan. Tapi kebetulan ada 2-3 orang Malaysia datang tegur dan diorang pun nak solat jugak so kitorang pun solat la ramai-ramai. Senang hati sikit.

Saranghae~~
Maybe ni persediann untuk pesta lampu time Winter ni kot
Cantik sangat lalang masa Autumn ni
Ada jambatan kecil merentasi sungai kat bawah tu

Kitorang duduk sini sampai pukul 6.30pm je kot aku tak ingat tapi masa tu dah gelap macam pukul 8 kat Malaysia. Kitorang naik bas pergi ke stesen Cheongpyeong. Masa ni dah lapar gila. Sempat la solat Maghrib kejap sementara tunggu train datang. Masa ni terjumpa Chinese Malaysia datang tegur. Diorang nampak kot kitorang solat so diorang datang tegur je pastu pergi.

Tunggu train ke Itaewon

Masa ni bila aku tengok itinerari sepatutnya pergi area Itaewon sebab nak terjah LINE Store. Sampai je stesen Itaewon aku keluar kat Exit 3 kalau tak silap aku. Pastu terus je jalan dalam 5 minit dah sampai. Straight je tempat dia takde belok-belok.

Straight je tau
Tadaa. sampai dah.
Memori dengan Brown


Pasal apa aku cakap Memori dengan Brown? Sebab tak silap aku ada terbaca dekat sosial media yang LINE store ni dah tutup. Tapi tak sure branch mana.

Aiskrim Cony ni biasa je manis je lebih. Tapi rasa la creamy2 tu.
Makan aiskrim dengan Cony
Ni Choco adik Brown
Beli sepit rambut je sebab barang sini mahal.


Sebenarnya kitorang dua lapar gila. Yelah dah berjalan seharian kan jauh pulak tu. Last makan proper pun masa lunch kat Nami tu je tu pun Nasi Goreng Yoogane semalam punya.

Kalau ikut itinerari yang aku buat, malam ni kitorang akan makan tteokbokki dekat area Sindang-dong Tteokbokki Town. Aku tak ingat sebenarnya turun stesen mana tapi rasanya aku turun stesen Sindang. Keluar je dari stesen tu kitorang jalan dalam 10 minit rasanya dan kitorang tengok maps je sebab tak tau jalan dan agak jauh sikit dari stesen. Korang jalan je ikut maps sampai jumpa pintu gerbang macam gambar kat bawah ni. Nama dia Sindang-dong Tteokbokki Town (신당동떡볶이골목).

Sindang-dong Tteokbokki Town (신당동떡볶이골목).

Sebenarnya, area ni sepanjang jalan kedai jual Tteokbokki. Kalau korang nak makan Tteokbokki yang original asal penubuhan pertama Tteokbokki korang makanlah kat kedai first sekali masa masuk pintu gerbang tu. Tak silap nama kedai tu Maboknim Halmeoni.

Tapi kitorang tak makan situ sebab kitorang makan kat kedai anak lelaki dia. Kedai famous yang masuk rancangan “We Got Married” edisi YongHwa dan Seohyun tu. Nama kedai ni Maboknim Wonjo Halmeonijip Maknae Adeulnae (Maboknim Grandma’s Youngest Son’s Branch). Panjang weh nama kedai je pun.

Diorang baru tukar signboard
See ada gambar YongHwa kat situ
Masa ni pukul 7 ke 8 macam tu tapi orang tak ramai sangat lagi
Tteokbokki sebelum masak
Tteokbokki selepas masak

Kitorang ambil yang basic je takde campuran daging. Cuma telur, ramen, fishcake, tteok dengan sayur-sayur je. Taksilap set 2 orang dalam 11,000 won (RM40) gitu. Yang bestnya ahjumma tu bagi free air coke. Dia kata sa-bi-su (service). Dia excited foreigner datang kedai dia .

Walaupun banyak tapi habis tau

Lepas bayar tu kitorang minta izin nak naik atas kedai dia nak tengok filming location WGM tu. Memang tak berubah pun setting tempat tu.

Masa ni YongHwa kat military

Keluar je kedai, kitorang terjumpa kedai yang YongHwa dan SeoHyun beli couple kat situ. Aku lupa apa dia couple thing tu rasanya cincin mainan kot. Nama kedai tu Morning Glory mengikut tulisan Hangul kat gambar bawah tu.

Morning Glory Shop

Masa balik ke guesthouse tu kan aku singgah 7-Eleven depan guesthouse aku. Oh aku lupa depan guesthouse aku aku tu ada CU dengan 7-Eleven tau. Syok area ni. Kalau hari Sabtu ada pasar malam dekat area Sinchon ni.

Esoknya hari 11.11 iaitu Peppero Day. Tak silap aku hari ni lebih kurang Valentine Day la. Sebab tu 7E ni jual banyak cekelat kat luar kedai.

& Eleven Sinchon

Habislah hari kedua di Seoul. Jumpa korang di Part 5 pula ye.

안녕!

#seoul #southkorea #korea #tteokbokki #pepperoday #sinchon #wegotmarried #sindandongtteokbokkitown #maboknim #mabokrim #mabongnim #yonghwa #LINEstore #gardenofmorningcalm #kedaitteokbokki

Menjejak Joon-Sang Dan Yoo-Jin Di Nami Island – SEOUL, SOUTH KOREA 2018 PART 3

Pada hari kedua (9 Nov 2018) ni, aku dan Kakak dah plan nak pergi Nami Island. Kitorang kalau boleh tempat-tempat viral macam ni kitorang lebih suka pergi hari bekerja (Isnin-Jumaat). Sebab kalau hujung minggu kebiasaannya dipenuhi oleh orang tempatan sendiri. Jadi, untuk itinerari memang aku akan plan betul-betul dan periksa waktu bekerja setiap lokasi yang akan aku pergi.

Pagi jugalah kitorang keluar lebih kurang pukul 7am. Nasib baik jugalah nasi goreng semalam masih ada, jadi kitorang buat bekal nak makan-makan masa tengah hari nanti. Sempat juga semalam singgah 7E beli Banana Uyu yang viral kat Korea ni buat sarapan pagi. Kitorang target nak sampai Gapyeong Station sebelum pukul 9am sebab feri ke Nami Island beroperasi pukul 9am. Saja je nak pergi awal sebab kalau pergi tengah hari nanti sesak keadaan kat sana almaklumlah tempat viral.

Tunggu subway ke Nami Island
Minum Uyu perisa kopi pagi-pagi ni


Aku bertolak dari Sinchon Station ke Gapyeong Station lebih kurang 1jam 40minit ke 2 jam la macam tu. Kena tukar-tukar train dan station jugalah. Dari subway kena naik ITX. Tambang train dari Sinchon ke Gapyeong aku lupa tapi tak adalah mahal sangat. Sekitar 2000-3000won (RM7-10). Jangan risau kalau tak tau beli tiket train ke apa. Korang tanya je staf situ atau nak lebih senang korang guna je T-money tu tak payah susah hati fikir macam mana nak beli tiket.

Gapyeong Station
Ini lupa kat Wangsimni ke atau kat Mangu Station sebab mula kat sini la naik ITX tu.


Masa dah naik ITX tu kan, orang memang tak ramai dan tak sesak pun tapi tempat duduk semua penuh jadi memang berdirilah jawabnya. Kebetulan masa cari tempat duduk tu, kitorang jumpa satu keluarga Melayu dari Malaysia ni nak pergi Nami Island juga. Apa lagi rancak la sembang dengan akak tu. Tak silap dia dah hari ketiga kat Korea ni. Peramah akak ni. Banyak info dia bagi. Tapi masa kitorang lagi 2,3 stesen nak sampai Gapyeong kan barulah dapat tempat duduk. Lenguh tau kaki dekat sejam juga berdiri. Masa dapat tempat duduk tu kebetulan ada seorang ahjusshi tegur Kakak. Dia ajak sembang. English dia bagus tau. Mungkin dia bekerja dekat syarikat yang kena cakap English kot. Tapi apa yang aku perasan ahjusshi dan ahjumma kat sini peramah sangat suka tegur walaupun tak tau English.

Akhirnya….. dah sampai Gapyeong Station. Yay!

View depan Gapyeong Station


Masa sampai sini ada lagi 30 minit kot sebelum pukul 9am. Kitorang pun tunggulah Gapyeong City Tour Bus yang bayar sekali pastu dia bawa korang pusing-pusing Gapyeong tu selama sehari. Tak silap bayaran dalam 6000won (RM21) untuk satu hari. Korang nampak tak gambar atas tu. Keluar je stesen, korang terus ke arah kiri gambar tu tak payah lintas jalan. Ha kat situ la Gapyeong City Tour Bus akan ambil korang. Korang boleh beli tiket atas bas je tapi pastikan amaun cukup.

Gapyeong City Tour Bus and Intra-City Bus – Koreal Trip Blog
Gapyeong City Tour Bus


Tapi malangnya, Gapyeong City Tour Bus beroperasi pukul 9am. Kebetulan masa tu kitorang jumpa balik akak dalam ITX tadi. Dia ajak kitorang naik teksi dengan dia. Sebenarnya teksi boleh 4 orang je penumpang tapi sebab anak akak tu kecil je orangnya jadi teksi bagi je kitorang naik berlima pun sebab dekat je terminal feri Nami Island dari Gapyeong Station tu. Tambang teksi ke terminal feri tu dalam 3000won je (RM10). Okaylah tu berlima kot kan. Suami akak tu tolong bayarkan. Kitorang ada je hulur separuh tambang tapi akak tu kata tak apa akak belanja. Baiknya akak! Terima kasih 😊

Tiket masuk ke Nami Island

Sampai je terminal feri tu kitorang belilah tiket feri dan tiket masuk ke Nami Island. Tiket pergi balik ni dalam 13,000won (Rm46). Tapi harga ni masa 2018 tau. Harga sekarang mungkin dah naik. Kalau korang jenis adventurous korang boleh cuba naik zipwire. Ada kat sebelah terminal ni je. Tapi tak silap dia buka dalam tengah hari kot dan harga lagi mahallah. Haha.

Snowman ni betul-betul ada depan pintu masuk ke feri Nami Island


Kalau korang tak sempat sarapan ke apa, korang boleh singgah kedai runcit CU kat seberang jalan terminal feri ni. Kitorang tak singgah pun sebab ada lagi sebotol Banana Uyu dan nasi goreng semalam dalam plastik hitam tu. Masa feri ni gerak pukul 9am tu sebenarnya ramai je manusia dalam feri tu tapi mungkin tak seramai kalau naik tengah hari. Masa ni suhu 2°C. Sejuk weh walaupun musim luruh je. Tapi jangan risau kalau korang tak tahan sejuk korang boleh duduk je dalam feri ni sebab panas je ada heater kot. Aku pula kejap je duduk kat dalam sebab nak tengok view kat luar.

View kat luar feri


Oh lupa nak bagitau masa beli tiket tu kan jangan lupa ambil peta kat kaunter tu. Senang nak jalan-jalan buat aktiviti dalam Nami Island tu. Aku tak ada gambar peta tu hilang kot.

Masa masuk melepasi pintu masuk Nami Island tu kan aku perasan ramai orang akan ambil laluan  terus ke depan atau ke kanan je. Tapi aku ambil jalan ke kiri sebab tak ramai orang. View sepanjang aku jalan tu kan cantik sangat dengan daun-daun merah luruh ke bawah, dengan view tasik, lorong-lorong yang sunyi tak ada orang dan lokasi penggambaran Winter Sonata.

Payung tu prop je tak hujan pun sebenarnya.

Untuk pengetahuan korang, ada beberapa tempat dalam Nami Island yang jadi lokasi penggambaran Winter Sonata tau. Korang kena rajin carilah sebab dia akan letak gambar-gambar pelakon tu kat setiap tempat yang diorang shooting tu. Gigih tau aku guna Photobook print gambar-gambar lokasi penggambaran cerita Korea yang aku tengok (tak semua aku tengok). Nasiblah murah je printnya.

Daun maple cantik
Takde orang tau masa ni. Cuma pakcik cleaner je ada.
Daun-daun masih merah lagi tau even dah penghujung autumn
Tempat Joon-Sang dan Yoo-Jin kayuh basikal


Lepas tu kan jalan je depan sikit aku jumpa tempat asal diorang shoot Joon-Sang dengan Yoo-Jin buat patung salji ni. Kalau ikutkan sebelum cerita Winter Sonata ni wujud, tak ada pun meja kat sekitar sini. Tapi lepas cerita Winter Sonata ni diorang buat replika patung salji dan meja tu kat situ dan dijadikan ingatan la untuk cerita tu. Ada dua tau replika meja dan patung salji tu kat situ jadi tak perlulah korang berebut dengan pengunjung lain.

Ada dua meja ni ha takyah berebut
Joon-Sang you kat mana? I dah sampai ni.
Padang ni depan replika snowman tu je tau


Untuk gambar bawah tu kan aku ada cari lokasi dia tapi tak ada. Lepas tu aku Google la dan jumpa satu blog ni dia kata disebabkan jumlah pengunjung yang ramai dan berbagai saiz (kot) kayu tu dah patah dan diorang dah alihkan kayu tu.

Kayu tu tinggal kenangan je
Cantik sangat-sangat sini
Gambar sebenar. Gambar ni tak edit tau. Memang takde orang masa ni.
Nak jadi Yoo-Jin


Tugu Joon-Sang dan Yoo-Jin ni kan masa tu tak ada orang ambil gambar kat situ so kitorang pun pergi cepat-cepat sebab dekat sinilah spot ambil gambar paling famous. Aku bernasib baiklah sebab masa ni memang tak ada orang mungkin sebab awal lagi kot.

Hey curang ye!
Dekat belon-belon ni pun cantik nak OOTD
Masa ni dah tengah hari makin ramai dah orang


Masa ni dah mula rasa sejuk yang amat dan lapar, kitorang singgah kafe dekat-dekat tugu tu kot. Aku beli Hotteok, sejenis street food popular di Korea. Ia biasanya dimakan semasa musim musim sejuk dan mempunyai inti kacang dan gula cinnamon manis. Ala-ala lempeng la tapi tebal dan ada inti. Rangup dan sedap la makan masa sejuk-sejuk macam ni.

Hotteok first aku makan sejak sampai kat Korea ni

Aku cari kedai pau kacang merah yang macam orang tunjuk dalam media sosial tu tapi aku tak jumpa sebab aku tak sempat jelajah semua bahagian Nami Island ni sebab aku terkejar nak ke Petite France dan Garden of Morning Calm. Tapi aku sempatlah habiskan nasi goreng yang aku bawa tu buat lunch dan sebab tulah aku tak review makanan dalam restoran kat Nami Island ni. Sejuk habis nasi goreng tu macam letak dalam peti sejuk je.

OTW nak keluar dari Nami Island


Keluar je dari feri tu kitorang naik Gapyeong City Tour Bus tu nak ke Petite France. Jauh juga tau Nami Island ke Petite France dalam 30-40 minit kot tak silap. Aku nak ingatkan baik korang cari tempat duduk masa dalam bas tu sebab kan satu, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat jauh juga dan dua ahjusshi bas tu bawa laju weh dengan jalan naik bukit tu berlingkaran. Aku dan Kakak nasib baik dapat duduk siap aku tertidur lagi dalam bas walaupun ketakutan dengan cara pemanduan berhemah ahjusshi tu.

Depan pintu masuk Petite France

Aku tak ingat berapa harga tiket masuk Petite France ni. Tapi yang pasti aku ada kupon diskaun yang Korea Tourism Organization Malaysia (KTO) bagi tu jadi dapatlah murah sikit. Jadilah kan. Aku ada baca dekat Facebook Road To Korea, ramai yang tak recommend sangat datang sini. Tapi kalau pertama kali datang okay la kalau nak cuba. Bagi aku Petite France ni cantik untuk OOTD tapi ramai sangat orang dan tempat dia tak banyak benda sangat.

Aku datang sini pun sebab lokasi penggambaran Running Man masa episod 40 tu. Kalau korang memang pemburu lokasi drama atau filem bolehlah datang sini. Petite France ni aku rasa famous pun sebab drama dan game show je padahal kat Korea ni banyak perkampungan Europe yang lain macam Petite France ni. Aku pernah Google ada Swiss, ada Germany dan banyak lagilah.

Running Man
My Love from The Star
My Love from The Star
Running Man
Ni Secret Garden ke?
Eiffel Tower Korea
Hehehe

Aku rasa cukup la kot setakat ni dulu. Banyak sangat dah rasa gambar aku letak. Nanti aku sambung Part 4 dekat Garden of Morning Calm dan pengalaman aku makan Tteokbokki original dekat Korea ni.

안녕!

#korea #seoul #southkorea #ootd #tripkorea #koreatourismorganizationmalaysia #kto #namiisland #pulaunami #petitefrance #roadtokorea #autumn #musimluruh

BURGER OSTRICH, Apa Rasa Makan Daging Burung Terbesar di Dunia?

Otak burung unta lagi kecik dari matanya – Iklan TV

Korang ingat lagi tak iklan ni? Korang pernah terfikir tak apa rasanya makan burung unta?

Semuanya bermula masa aku tengah lapar sesuatu sebenarnya. Boleh je nak masak tapi aku baru balik kerja jadi aku malas yang teramat nak masak. Aku pun mula scroll aplikasi GrabFood tu. Masa tengah scroll tu selalunya aku memang akan buka satu-satu kedai yang aku tak familiar sebab nak tahu apa diorang jual apa.

Okay nak dijadikan cerita aku pun klik satu kedai ni nama dia Elyza Cooking Fever Food Truck. Aku tengok dia jual western food macam pelbagai jenis burger dan oblong, ayam gunting, hot dog, sotong raja dan minuman blended ice.

Aku dah mula craving burger dan dalam banyak-banyak menu burger aku tertarik sangat nak cuba burger ostrich. Bagi aku rare sebab aku tak pernah rasa. Ada lagi burger rare lain macam burger arnab (ni aku kesian nak makan), dan burger rusa (aku pernah makan rusa).

Aku order ayam gunting XL dekat kakak sebab dia nak. Burger ostrich ni harga dia dalam RM13.50 dan ayam gunting RM13.00.

Lepas order tu aku tak sangka cepat sungguh delivery dia. Bagus service diorang cepat aku suka. One more thing, masih panas lagi food dia. Jadi aku pun buka la bekas ayam gunting tu supaya dia tak lemau terkena haba panas.

Aku tengah exercise masa tu kononnya nak makan malam sikit la tapi bau mengancam giler. So, jom kita start.

Okay aku nak review rasa dia. Masa first bite tu aku perasan daging dia rasa dan warna macam beef cuma bau dan rasa tu tak sekuat beef sangat. Rasa ostrich ni light je dan tak semasin macam burger ayam. Yang aku pelik ostrich ni spesies burung tapi kenapa tak rasa macam ayam sangat pun tapi lebih kepada rasa beef. Overall, rasa ostrich ni okaylah sedap jugak, light dan rasa sihat la gitu.

Accessories dia yang lain macam sayur dan sos pun bagi aku sedap je dan sayur pun fresh je. Cuma aku tak puas sebab harga dia mahal sikit la walaupun burger tu saiz normal. Mungkin sebab ostrich susah dapat kot.

Untuk ayam gunting pulak, rasa dia lebih kurang ayam gunting Uncle Bob gitu. Sedap juga ayam gunting dia cuma plain sikit maybe sebab ayam banyak tapi perasa kurang.

Overall, menu dia okay. Maybe lepas ni aku boleh cuba menu lain pulak.

Info berkenaan kedai ni korang boleh tengok kat bawah :

Nama kedai : Elyza Foodtruck Catering

Lokasi : Di hadapan Petronas Putra Heights.

Servis : Menerima tempahan khas buat majlis-majlis istimewa dan delivery melalui GrabFood

Waktu operasi : 3.30pm – 10.00pm

Facebook : https://www.facebook.com/elyzacookingfever/

Rating : ⭐⭐⭐

#burgerostrich #burungunta #ayamgunting #elyzacookingfever #grabfood #grab #selangor

Hujan Dan Nasi Goreng Seafood Di Myeongdong – SEOUL, SOUTH KOREA 2018 PART 2

Sambungan dari Part 1….

This image has an empty alt attribute; its file name is sUKdibX6jSg3IsfAN4DtEhxCttIby86e35iRaTlywJ3oCwHmmRXBpLBzoY7hA4mn6Md9fEVun8qsJrz2inU9YGencEItW7xeyCbVTHUGhXACBCnz3Cm4ODCAqHnEzxlKV1mq5CjP_CUT-uAJG8NC6pEIzQUiHxNedRFk4jqMdIox3b5lZthlzbcOqO2poU63H4byB1H6ksVShwLw_hLPBy18gQ1q4aFeReHz4DTtQ79CUcr1Cgg5CMExuNPFQO2NvpFU7MIkGCNJ6Qn1qpgvDjbL6mOsVr7FahvLbT-iTH5aM3XOIyxM5O5culBc47HgqmRmvtBD-9nFEcQC2ZrZhlrHhQSMlZnontCNtwlVBE7jWb1Q2t2KuU1wT_tCnBz01kR4wnnlghdjkzLzLZZ9zEbID9Q3VJkT78iO4pR5S-JWJ7hyyVA9aeBcGRfE-Wf3DKKfZ75_8MQ8OBaQ89S77Rn5cCKcA5Hhq5I9ruw8xyK55T7YOMqv0S9HBvRDYkRtTgI9Cir8w4VnqyGcl3qHW-ac2At6KbDaM7wSrn1ok7sYcHu3SDZgeZx9rYBPRhHqoU8FyHqMoVopT8yBSkgInm2kMrWm7pD6cy6o85FTxn7uVV2KHKrU3QCnz6EbiuytqFXaklnZaxXlrDTKcDJMpL3W0FznIq0_BhPNuGNMsu-XIn8eF4PpbmIq3lDDKg=w493-h657-no
Sebelum keluar ke Myeongdong


Malam tu lepas solat dan mandi tu, aku keluar berjalan-jalan ke Myeongdong dalam pukul 7-8pm macam tu sebab nak cari makanan. Lapar giler weh lepas turun flight tak sempat makan apa-apa pun lagi. Aku pun naik la subway dari Sinchon Station ke Myeongdong Station. Kena tukar-tukar line juga sebab Sinchon line hijau, Myeongdong line ungu kot. Tapi jangan bimbang, download je apa-apa apps subway Korea kat App Store @ Playstore. Nanti apps tu tunjuk transit kat mana apa semua cuma korang kena pastikan korang dari stesen mana dan nak ke mana je.


Sebenarnya, kitorang dua dah rancang nak pergi Osulloc Cafe (nak beli matcha spread), FNC Wow Cafe (sebab minat YongHwa jadi nak hunting poskad free kalau beli air) dan jalan-jalan kat pasar malam Myeongdong. TAPI…

This image has an empty alt attribute; its file name is PUlxvsFeoMFFqO5dh9H1eR674BYqCUZHPVtagXbCBlJYHal7lcV61Dc8jefcbopX3vwBkrL2YO7_9Bs6dDLk6hJokqa4azBOwj9WnTLeJ_Mee7jHE32dmD9DUiIXeYaDjio6H1hvibNpKCULY2vOPZSIqIWKkM2sskHXKNaP3eigMaPBvAIaqRqEeZPyIpBRfHI3fU0Wt-zStHMbPnGnLPCCvax7UjmUfIjVsvwxmsHIzW0R6l_zrJzfGp8R3DteOUNbIeV-chnlo2koPHNYfDGOsYaUo3cVrksZkbonH5Yle8PtoyyYCnB8wfIv0yuRKktu848_bZh89QhP4UgRZntXujptl76UDXEzenhE76zSjL3zJL_fonrjawOs3t5BWU1RHNyGpKv_-_RiAcz2030MsL48lqnGXKZGhyAP8xCLNV9p5hKcX9bx97Kx76pAPm76tZv97QA_OLSEXzif3SsuwCiubTtryG3q2UDhQ6r8tv7ed4zVTzNj63yK5elQDCwX311K6NIh5MVS6JCRv3Bfd1bz5h3rb2fdW6dDNrKzxaWgHmDA9PI31V4GUMWBTSQkHxC-zgpTeqv6jj0aqN-3U_eAodfhA9Lugt5oRF0PgF-fRI-EgNJScooY4Djw2V6SE-qrGfAZN38w6X_koMSQ1c30h5F4mO_w1LicxQSQlC46mdOFtSO2K5cVJA=w493-h657-no
Kedai tak banyak buka sebab hujan


Rancangan tak mengikut kehendak langsung sebab malam tu hujan yang agak renyai + banyak dan berangin kuat juga. Nasiblah accomodation sediakan payung. Yang transparent pula tu memang acah Korean la. Disebabkan hujan, tak banyak gerai street food yang buka. Kitorang cuma dapat beli Bungeo-ppang (붕어빵). Bungeo-ppang ni sejenis kuih bentuk ikan berfilling kacang merah. Tapi ada je filling lain yang dah dimodernizedkan. Ada filling pisang, cream cheese, taro, nutella etc. Kuih ni kalau kat Jepun nama dia Taiyaki. Sama je sebenarnya cuma mungkin lain dari segi kerangupan la kot. Boleh tahan sedap tapi boleh buat alas perut jelah.

This image has an empty alt attribute; its file name is F7S8sfIP0P0TNLf8bvf6_cou0KI1cZXePgw43yha8d4JpsQWj57gxmqm1RlBE33FvpOffGy1zmPgfpsgryR3V4lC_-0ZPVRbMmJNwXgNAZ6RKRQsT-3V719vEWgWeYCiDmpd0SCurLtL2_-ssgqXyiDioUJ-5uPIuoAlzM7eKF-PdHJ0iKnqwFxNcMtkFkv9GhQRXNoJtk_mngFbEIcWL8UJ0_dWYYuY2udyEFLKeLjHV_uyKKmn2VO_on1LRabUa7huHJyXn3eTsAIejQOg8n9jvNw2MVoWD3A6xs7JWm1g3D2Bj8Tk6YZIcYEdXjg_MrYMEghsyQPhGknxWJSV-yl8a5fiXD_bHqKsCyHWGmwyvMkLf5tjW1Qbe5KIP-NiA-0FnSltp6lF5RAyTMBYDKXahiueE9mqDq8fE1FLy1T39PVzBNrFSFdIb4jJdHTFZ9kfjq9IneM1gxveVVL1PsNoEnaOgK7oVlQUv_F4GAoW7xkiQW02BayX6y_DsJOv31VoMxNXs7dVHcIDW6hP_UdeiCLtfj0rxoPrYckEfDpmxZUmQs-IejZNZxUm80uEsqsH6GZnpg9hKfhHWUW4RTA83L2BnCt_9RNter59grSoxIwuOkWFL-rDO6kmSzKWvE2OejjM2U355vQAENoCKWNAT3NfsoVg9aAmVWjWBWCmgwUb32sL1JIlnzTDTQ=w493-h657-no
Masa ni cream cheese habis so dia suruh tunggu 5 minit


Dah habis alas perut tu, kitorang pergilah Osulloc Cafe sebab fikir cuma nak beli matcha spread lepas tu terus balik. Tapi malangnya sampai je kat Osulloc tu kitorang tak jumpa satu spread pun yang ada matcha. Tanya staf kat situ dia kata dah discontinued (nasib baik masa 2019 kawan aku pergi Jeju dia jumpa matcha spread ni terus aku minta dia belikan). Takkan la nak keluar gitu je kan, jadinya kitorang pusing-pusing la cafe tu sambil rasa tester matcha latte dia. 2,3 kali juga la repeat minum matcha latte tester tu.

This image has an empty alt attribute; its file name is w3nAM4nXmZzVojS2EU5RdQS8rOOMpYIuMFeaB4bjO5vSFrsi3TBYAT7-rm2uo83Ypi4bm5SMCQ4SAzbSobuuSa7C1gfPvePhKsAji5p0xrt-ZtOcclzxkNJBaf7HC6JS4kYhWlKe3oRtYFxNUGZNkp6lWElJUr7mGN72pbflDrwvlvHx5hlLC52t3DuEtFYmHPfqE42dudGlWDtugxi011pwXPoBHv4o7z6N-KcEz9sMKOGJFrWsY10cllRsLVWj-vJGNMhdNba03js8_baaVqVdCyLJw30DXjEF5GuXGq2MgAqpx9U5TEJJPdcMPoIPfjmS_z_tvKwJletOmQoXIlhjUWUnHX067xWfDacqioV7N__vgnHf1jZdVaL2_Mn9mMqKzJ5000PwRou0vDbuhhFRw2VEslThS-EHuaDXIMdofdO0CNa8GbYMjvV2oofWTm7L982CpCtqGif9VmcElzQIdIXQtTIHw2ZuE42Fu3ruTlaiN7GaZFniBz29ejpy4NS3Yp2rhXgNWS5-SC4izBSbYQVr1WhT8P1YzpXDfO9VoDob97hguqPiic6_JAW0qpxJV-KnA0vQ1vWOKrqxDwKOv__6NHKC4UAH0tAaJWnxmZ3ZKXQr6ExmrKhxhOMoBwgz_lwfOyYbO6DwMRt5ZmLEqoAeP8KCMicOa6iaRCCZm15tZq_fFIxDz9GfUQ=w493-h657-no
Sedap sangat matche latte ni


Disebabkan tak berjaya beli apa-apa kat Osulloc, kitorang pun keluar cari FNC Wow Cafe tu sebab ingat nak lepak minum-minum je sebab sejuk kot malam tu dengan hujannya angin lagi. Cari punya cari tetiba hujan lebat juga la dan kitorang jumpa tau landmark cafe tu iaitu kat atas Boots sebelah Daiso tapikan masa kitorang naik ke atas tu macam ada renovation tau dan kitorang ingat tutup sebab renovation. Jadi bukan rezeki la nak minum kat situ. Tapinya, lepas balik dari Korea tu aku pun check la betul ke renovation sebab tak ada tulis kat Instagram FNC Wow. Rupanya diorang dah closed down sejak Oktober 2018.


Dah alang-alang masih kat Myeongdong dan masih lagi kebuluran, aku pun cari la balik senarai restoran dan makanan dalam list simpanan aku tu. Akhirnya, kitorang decide nak makan nasi goreng seafood kat Yoogane sebab Yoogane ni ada banyak branch kat serata Seoul. Kat Myeondong je dah 3 branch tak silap. Kitorang ke Yoogane yang berdekatan dengan restoran BusanJib tu. 

Yoogane (Myeongdong Branch) - Serving Dak Galbi, A Spicy Stir Fried Chicken  Dish - The Seoul Guide
Yoogane Myeongdong; Kredit : The Seoul Guide


Kakak sebenarnya nak gather dengan kawan dia kat Myeongdong ni sebab kawan dia esok nak balik dah, sementara tunggu kawan dia sampai, kitorang pun OOTD la kejap dekat depan Yoogane tu sebab kitorang kena halau selagi tak cukup orang, staf kedai tak bagi masuk 😅

This image has an empty alt attribute; its file name is gmbzz_JG5c6gDGU4Oe4QTwjG4xIVgCF9GrP77YEmRL_s4_wV_5MmQENJGc3u_ebT8d65nHLo3YtiqBXQnQOSBqGwg98515ZkxfQq8hO3YGWbV31uCqJ5dMexs43T3m40KbdW0Tw90SC8YyeCmHC7Ubytwm18F2y_gRBN15zUKFtmZnH4my4ih0xRSiIvHvJzKeJIIOna-gWVgML5QQBH8jcymTHK_eB0limG-2wqGRG9vS7nIEYrANMfAjzZ_ESDqJsFGOvB7jEqF1v4R55-C5nZAkF2_SJRgslKiXvD6RJnbRWJZMjp5MoPAExaZNtjUeb5FIKuGbANpUlsCHgW_9OJ4dWs0Ye-OYnwv01xAdGjkh83vlgGG2BvHzeNHPx_aWa_K5mP7nfRc456-xiNQWxBLf8AlQF1ry_Hv04fIckTu4i_rHdeXAgCtpl8938DzMc2PtYjtAapinuUM3OBCNZJUl0MjipXwpahl4-tahr4FZZh41ps1FnBinKkmFIlZorR0s3e752fQw-YErpepCMAI5JuzLU2KaDFXPKnexi31BmwRqLXw5xxgr3_UNmf4hPLx63e95RhDSp_ezDJwI1NfRJ45MdaCY9hqyEjXxFuyQ8NkTQ8jvEzt1854PA1hJRqbE1OAZ9DUbE0Jl77f3015FRS5wlX1V_Q9s2mpnIP7k6zhwNZvt8bgG5Tsg=w493-h657-no
#OOTD


Kitorang order nasi goreng seafood je sebab kat sini itu je menu yang tak ada daging. Kedai ni tak jual pork cuma ayam dan beef je. Tapi tak ada lah kitorang order ayam dengan beef tu. Kat Yoogane ni banchan (side dishes) kena ambil sendiri. Kitorang ambil hidangan untuk 4 servings. Kat Korea tak boleh buat macam kat Malaysia tau. Kalau 4 orang mesti kena 4 servings. Tak boleh ambil 2 servings lepas tu share. Hmm a big NO! Kalau kat Malaysia okay la nak buat gitu jimat sikit kan. Tapi yang seronoknya kat Korea setiap restoran akan bagi satu jag air masak FREE. Dah boleh jimat part air.

This image has an empty alt attribute; its file name is LTl8vC9P10YqXc054nR8nJkCpyXGyaOAEJzQ_aYpL3S0FHuM6b6IJyb4ThP2ImfMDZM4hfu11ap6bPysfQLwp9FD1ZgyzIZsZRM8AiIs9aDPLos3z8Go2fe2L1v-YjFmYEQ6GvMwtlh5LLmIRzEZjQ7G3ojggJwb4Je8p5mIU1vQUBsR18m-TFJYdJB9BmCcHAr1i8G-ZbNv3HCga9RNhdAhSRdBgbDcTrL3fYBMC9fdoJG8Oipi5ky5yPBu7MfO42rSh4UmQp4ayTIf849gMeuavQS-6lfHp-tyouq0al9A4cbrF_hxe5vyoOAgKxLBf1Fpv-If4o6Qw3LI5BDk8wwDjOTN_SBGAVV6z1VIeOY90VZ6khsikmaWjRG_xNi8YWco4pV3NIuavl3LPKw6jwTWqLwx5kdowuaiSqMPHL2qrncI639kile6wPs-Tg-ZfxBbArS5JA9ukQhMnwOLskohtYfrmmROTxqkF45wGJyNS1f_L3d8Bts8cRhyZnU0SkNmjVRBSOSgFcsUZ92QI4KI5D8M4nrmaG_e4kuRUa4sk2E0_InDpVIdrGShunO_VD1fek-8IQ1weu3o7pBaq_zl5F8wVqzLOPNHqq3TDrXujeFTYKcSlrkYqglkHZMZMcVH1HK-Uzi4v-nwq6zIxC7AMuYzudtJ_EFA8weNe0xAjNuji1GOIUtnqpPe=w493-h657-no
Tadaa. Dah siap nasi goreng seafood


Bagi aku nasi goreng dia okay la sedap juga tapi tak adalah wow sangat. Rasa dia macam pedas-pedas juga la. Aku dengan Kakak tapau sebab tak habis banyak kot. Tapi tak apa boleh buat sarapan esoknya. Aku rasa masa dia baru masak tu tak sedap sangat cili dia rasa cam tak masak tapi masa panaskan balik esoknya makan breakfast tu baru rasa ummph wallah semua.


Myeongdong tak silap aku menjadi kurang meriah bermula jam 10 atau 11 ke atas la macam tu. Jadi eloklah datang Myeongdong masa dia dah mula gelap tu dalam pukul 5 ke atas. Boleh shopping lama sikit.
Kitorang tak shopping apa sangat pun. Lepas makan tu kitorang bercadang nak jalan kawasan accomodation je. Ya, depan accomodation aku ada kawasan korang boleh lepak dan ada daun-daun berguguran tau. Siap ada pondok telefon lagi. Jadi, jangan ingat tempat-tempat viral je korang boleh berOOTD. Kadang-kadang depan rumah je pun boleh jadi tempat OOTD.

This image has an empty alt attribute; its file name is Y7Noy5fFx5AfampL2iI2YNLOfjM8qFSFAcQ0Xa3V8AB3impW_Xx2uwlwG4hIprlG1ua0bh0RFzWdOAafnTx39rG1R6vXfyn4xfLCVHSy8y3e8rpB2C3sbRs1Bh-BgzeQJshy3_4BtRjiQrp7NguYJeXjdYVXINWeFGCRPAffeEz6CPCoyQeSOFG5rtlIbiFb3EURkW523Xv_EqD8aixiXlHriamo8hBkdLus6iCgPE2kmpe0H1GDC957JAZMB_k-LTTsVO4Rn-pWBhY5f3ztPKzDdE4DFnCrCmnH12ztjtXCqUVBo28cz_qNQTNFSYcTJK6lUdj_vBl8yQxWMSvCeItdp6QwG-dFJoVmvIyd9ByAUmADRuNaCRakx-zImKjqWQOUzy3OtQU5kk2DfGDleUOje3fSia5DbOtlPm-83WLmwCpcJG15Q73H3MZNvlupP3rj4pjxaOitKgH5RtD4c0OUr8X09VKPN0_vpsuTaUKmMg3e7P9rwDIHXnSiwZjWz6I3aLPIFoVTtQJxdDG10qxCGz86xxfvXj-gTBbHUdfELmowOv5OBRvJ1klnOhC90H12jvNXAg7OLWorvg5kwSTzaVj7yCzzs2fExfFWlAqtlleE1pIYAqDgAQYSc_EFnSG-NxrnMMgbhm2p6AJ3I2u0z6LfrUmo_uh_ewP5EXMr5hOjyatWsbAJDRNePA=w493-h657-no
Park ni depan guesthouse kitorang je


Aku akan sambung ke Part 3 yang mana aku akan ke Namiseom @ Nami Island.


안녕!

#ootd #seoul #southkorea #myeongdong #autumn #sinchon #yoogane #davidhouse #iphone #osulloc #bunggeoppang #fncwowcafe

Fish & Chips Tak Cukup Kongsi Sepinggan! – PERTH, AUSTRALIA 2018 PART 5 (END)

Akhirnya dah sampai post terakhir untuk Perth, Australia. Yay, lepas ni tak adalah aku lupa apa-apa info pasal Perth kalau aku nak pergi lagi.

Okay berbalik pada cerita untuk Part 5, hari kedua terakhir untuk Perth ni aku ada pergi State War Memorial di Kings Park. Kat sini tak ada apa sangat cuma ada satu monumen untuk memperingati tentera-tentera Western Australia dan wanita yang dibunuh dalam peperangan dan konflik yang melibatkan Australia. Cantik tempat dia boleh nampak sekitar Perth. Tempat ni FREE je tapi kalau tak datang sini pun tak apa.

State War Memorial, Kings Park dengan group trip CaravanSerai


Masa kat State War Memorial tadi kitorang semua cuma bergambar je, jadi untuk beraktiviti selepas bergambar kitorang di bawa ke Fremantle Market. Aktiviti apa? Apa lagi shopping lah 😂😂 Fremantle Market ni terletak di Fremantle City yang sememangnya terkenal dengan sejarah, senibina dan budaya yang ala-ala kalau korang pergi Pasar Seni lah.

Fremantle Market

Fremantle Market ni dibuka pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum saja. Jadi, susun itinerari korang elok-elok. Kalau korang nak ke sesuatu tempat tu, pastikan periksa waktu bekerja diorang, hari cuti diorang dan juga cara ke sesuatu tempat tersebut. Kalau rajin, mungkin korang boleh Google je pengalaman dari blogger lain. Kadang-kadang korang boleh jumpa shortcut ke tempat yang korang nak pergi tu.

Dia ni sebenarnya tengah promote pisau kot ke chopper tah lepas tu aku curi-curi tangkap gambar dia dan dia perasan weh. Dia suruh bayar pula tu sebab ambil gambar dia. Tiber 😂😂 Tapi dia bergurau je lepas tu dah la siap kenyit mata. 😱😝
Banyak kedai-kedai jual baju, makanan, dengan souvenir kraftangan dan macam-macam barang lagilah
Barang-barang basah dan kering dia fresh-fresh tau.
Aku beli perisa original. Sedap tau donut ni.


Korang nak tau tak? Levi’s Doughnuts ni dibuat dari bahan-bahan berunsurkan tumbuhan je. Donut pun digoreng menggunakan minyak tumbuhan. Jadi tak ada unsur meragukan boleh je makan. Ada 3 perisa; tradisional, inti jem blackberry dan inti dark chocolate. Semua donut berperisa dan tradisional ni memang dilapisi dengan cinnamon sugar.

Aku beli ni je sebab ada orang jual barang reduce to clear AUD$10 (RM30)


Ada satu lagi aku nak cerita. Kalau datang Perth, jangan lupa rasa The HoneyCake. Kat Fremantle pun ada branch dia. HoneyCake ni kek madu lah tapi ada pelbagai perisa lain juga. Kek ni TAK HALAL sebab ada alcohol tapi ADA versi yang halal diorang buat tapi kena pre-order 3 hari sebelum tarikh yang korang nak. Aku tak tau kata kena tempah aku ingat ready stock je kat kedai. Tapi bersiap sedia lah sebab bila tempah yang halal ni korang tak boleh order satu slice atau dua slices je. Korang kena order satu kotak besarlah. Korang boleh tempah yang halal kat link ni; https://thehoneycake.com.au/collections/halal-cakes/products/halal-original

Honey Cake
Halal Big Box AUD$37 (RM111)


Dalam Fremantle City ni juga kitorang bergeraklah ke E-Shed Market. Lebih kurang macam Fremantle Market lah tapi sini tempat sesuai untuk beli souvenir murah-murah. Aku masa ni ada buat research pengalaman dari blogger lain. Banyak blog kata souvenir paling murah dekat kedai Megabes Products ni. Tak silap kedai ni pemilik dia cina Singapore. Ya kalau diikutkan memang murah. Tapi aku ada pergi juga kedai lain sebab kedai dia tak ada bendera Australia. Dekat Megabes ni aku beli tshirt Australia je. Dia jual 2 helai AUD$15 (RM45) tak silap la. Kain tshirt dia elok jadi tak menyesal lah beli.

E-Shed Market
Nilah kedai Megabes ni. Murah2 souvenir dia
Aku beli tshirt design gini lah tapi warna kuning dengan biru.


Dekat E-Shed ni ada satu kedai makanan Singapore-Malaysia tau. Nama dia Temasek Street Food. Bolehlah korang makan sini. Aku minum teh tarik je masa ni tak makan pun sebab nak makan fish & chips nanti jadi tak bolehlah kenyang sangat. Tapi yelah harga janganlah convert.

Temasek Street Food

Dah habis bershopping, maka semua pun kelaparanlah. Kitorang dibawa ke Kailis Fish Market Cafe. Ya apa lagi untuk makan tengah hari lah. Lapaq weh masa ni. Kitorang memang dah siap-siap diorder satu meja (4 orang), satu fish & chips. Memang fish & chips ni dah masuk dalam ground package.

View depan Kailis Fish Market

Hati-hati tau sebab masa tengah makan burung-burung ni ada yang terbang dekat dengan meja. Tapi dia tak kacau cuma tulah takut dia lepaskan sesuatu je hehe.

Menu
Seafood

Hmm kau rasa cukup? Memang taklah 😂😂 Jadi aku dan Kakak orderlah lagi satu set seafood yang di dalamnya ada sotong, lobster, tiram dan chips. Besar lah portion dia dan harga pun besar lah juga.

Memang besar portion dia tapi untuk 2 orang cukuplah
Crispy weh
Seafood set


Kitorang teruskan perjalanan ke Cottesloe Beach. Cantik sangat beach ni dengan biru-birunya air laut tu dengan pasir yang putih bersih je tak ada sampah tapi banyak aunties yang tengah sunbathing. Aku taklah join sebab weh sejuk gila weh macam mana diorang boleh terjun laut dan sunbathing berbikini dekat pantai tu weh. I kenot brain.

Warna air laut ni memang cantik sangat. Biru turquoise

Nampak tak ada orang pakai seluar renang je tu pastu topless.
Sebenarnya kan aku dah lupa lepas balik dari Cottesloe Beach ni kitorang ke mana. Mungkin la ke Watertown Brand Outlet ke balik apartment tah.

Dekat airport nak balik dah

Esoknya, pagi-pagi buta tu kitorang dah dekat airport. Masa ni kan abah sebenarnya tertinggal luggage kat apartment. Bukan tak sengaja tertinggal tapi luggage terkunci dekat dalam lobi. Nasib baik la Khalish tak balik sekali dengan kitorang sebab dia ada lagi satu trip. Kesian air coklat yang kitorang beli tu. Hehe.

Kitorang sampai KLIA2 pukul 2pm tak silap. Pengalaman yang aku dapat lepas travel ni aku tekad next trip aku nak berjalan sendiri. Jadi, nantikan next post yang mana aku buat pertama kalinya akan berjalan sendiri tanpa ikut trip ke luar negara. 😜

Bye!

안녕하세요! 파린 입니다 – SEOUL, SOUTH KOREA 2018 PART 1

Hai korang. Tau tak apa maksud aku tulis atas ni? 안녕하세요! 파린 입니다 = Annyeonghaseyo! Fareen ibnida (Hello! My name is Fareen). Disebabkan teruja nak pergi Korea aku siap recall balik tulisan Hangul ni. Hangul ni aku boleh baca tapi sepatah haram pun aku tak faham maksud. Aku teruja sangat nak tulis post kali ni sebab aku pertama kali nak ke Korea dan ini juga pertama kali aku jalan sendiri dengan Kakak tanpa ikut mana-mana tour. Semua research sendiri je. Tapi disebabkan masih newbie kitorang tersilap rancang pembelian tiket flight walaupun dah beli setahun awal. Jadi apa aku boleh katakan trip aku agak rushing la dan ada beberapa tempat aku tak sempat cover.

Trip aku adalah pada 8-13 November 2018 iaitu 6 hari 5 malam tapi tak adalah 6 hari sangat sebab flight pergi aku pukul 9am sampai sana pukul 3 dan flight balik aku pukul 9am juga. Kalau ikutkan trip aku ni 4 hari jelah sebenarnya. Hahaha. Lain kali kena beli flight midnight. Tapi tak apa pertama kali kan?

Hi kat KLIA ni
Boarding Pass


Ya aku naik AirAsia untuk trip pertama kali aku ke Korea. Mungkin lepas ni nak naik Korean Air pula kot 😜 Untuk trip ke Seoul ni, aku ada pre-order food. Yelah lapar kot flight 6-7 jam jadi mestilah aku order makanan. Aku setiap kali naik AirAsia mesti aku akan order makanan yang berlainan dari trip-trip sebelum. Jadi dengan itu dapatlah aku rasa semua jenis AirAsia punya food. Aku order Glutinous Rice with Chicken and Dim Sum Combo. Boleh tahan rasa dia. Macam nasi goreng tapi versi nasi Korea dan Japan tu. Kakak aku lupa dia order apa. Sepatutnya lepas makan aku nak tidur tapi orang sebelah aku punya bau rokok serius kuat gila sampai kepala aku sakitlah.

Glutinous Rice with Chicken and Dimsum Combo

Aku sampai Incheon International Airport dalam pukul 3.40pm. Berlemoih weh masa tu 😖 lama kot dalam flight. Masa kat imigresen pun lama juga la sampai 4.30pm kot tak silap. Masa ni kecoh tau pelancong Malaysia gagal lepasi imigresen kat sana dan disuruh balik tu. Seram weh masa ni. Tapi syukur aku lepas. Sebenarnya ada tau orang selepas-selepas aku yang tak lepas tapi masa tu kitorang dah kat surau. Kitorang cuma baca kat group “Road To Korea” je masa tu.

Sebelum nak sampai imigresen tu kan sebenarnya kan luggage hampir-hampir nak tergolek ke bawah masa naik eskalator tu. Tapi tiba-tiba adalah seorang ahjusshi tolong pegang dari bawah sampai la kat atas. Walaupun muka dia ketat tapi baik hati rupanya.

Dah amik luggage

Lepas je imigresen tu kitorang dua pun carilah surau kat airport tu tapi tak silap aku surau ada kat area departure je, jadi kalau kat arrival rasanya tak ada surau yang memang khas untuk Muslim. Memandangkan aku dah research, orang kata kalau nak solat boleh solat dekat multi-faith prayer room (untuk agama lain) iaitu di area bangunan yang terdapat train station nak ke Seoul dan korang boleh ambil wuduk kat tandas. Tak silap aku ada prayer room untuk agama Kristian dan Buddha masa tu. Jangan risau tau sebab walaupun ramai je Korean lalu lalang kat luar prayer room tu tapi diorang tak pandang korang pun lagipun diorang faham korang sembahyang juga.

Disebabkan prayer room tu dekat je dengan train station dan memang kitorang dah nampak sebelum jumpa surau lagi jadi memang jimat masa la tak perlu mencari sangat. Kitorang pun topup la T-Money sebelum naik subway tu dalam 50,000won (RM175).

Mesin Topup


Kitorang tak beli T-Money tau sebab dah dapat dari Korea Tourism Organization Malaysia (KTO) lepas jawab survey. Free ja tau KTO bagi siap baucer diskaun lagi. T-Money ni ala-ala Touch n Go kita la dan boleh pakai masa nak naik subway dan bas. Selain tu korang boleh beli barang kat convenience store guna T-Money tau. Kalau tak ada T-money, korang boleh beli je kat convenience store dia. Ada macam-macam design korang boleh pilih. Kalau KTO punya T-money cuma design standard je. Kalau yang design standard tak silap harga dalam 3000won (RM10). Kalau design comel-comel atau design KPOP mungkin lagi mahal.

T-money design KTO
Design lain yang comel-comel


Aku ingat lagi aku naik subway ke Seoul pukul 5pm. Aku naik All-Stop Train sebab aku nak berhenti dekat Hongik University Station. Kalau accomodation korang dekat Seoul Station korang boleh pilih naik AREX Train. AREX ni dia takde berhenti kat mana-mana station dah. Dia memang akan terus ke Seoul Station. Kalau accomodation korang dekat tempat lain selain Seoul Station lebih baik korang naik All-Stop Train.

AREX: [AREX - All Stop Train] From Incheon Int'l Airport to Seoul
All Stop Train
Airport Railroad Express (AREX) - The Seoul Guide
AREX Train
Rail and City - Korean Air
Laluan All Stop dan AREX
View dalam All Stop Train masa orang balik kerja

Ramai ye train sebab yang naik train dari airport ni bukan pelancong je tapi Korean sendiri pun naik juga nak pergi kerja. Masa kitorang naik ni pukul 5pm tau dan aku perasan start je 5.30pm tu langit dah jadi gelap. Yelah musim Autumn kan cepatlah gelapnya. Sepanjang perjalanan aku dari Incheon Terminal 1 sampai ke Hongik University tu kan ada la sepasang couple ni depa duduk antara seorang ahjusshi ni tau. Lelaki tu Korean, perempuan tu African kot, depa duk baby baby kat situ sampai ahjusshi tu rimas 😂😂 Respek la sikit kitorang single kot.
Dah sampai Hongik Univ. Station tu kitorang kena tukar line hijau pula pergi Sinchon sebab accomodation kitorang area Sinchon. Satu station je pun.

Stesen Sinchon

Kitorang jalan ke arah accomodation ni ikut peta yang tuan rumah bagi je. Dia suruh keluar ikut Exit 2 atau Exit 3 tapi sebenarnya ada Exit lebih dekat iaitu Exit 7 atau Exit 8. Mungkin tuan rumah takut kitorang sesat kot sebab Exit 7/8 tu kena lalu underground mall. Accomodation kitorang nama David House Seoul. Booking melalui Agoda. David House ni yang seronoknya self-check in. Password memang dah dapat lama dah masa booking tu lagi. Barang-barang semua lengkap termasuk Cuckoo (tapi kat luar la) kecuali iron. Muat untuk dua orang cuma luggage la lepas buka tu tutupla balik.

Semua lengkap bilik ni cuma luggage susah nak bentang la.
Sofa tu boleh buka jadi katil tau
Ada hairdryer, vacuum, towel, payung tapi cuma iron je takde
Pinggan mangkuk, periuk, cawan semua ada
Adapter pun takyah bawa. diorang bagi siap


Dah sampai ni kitorang terus solat jamak Maghrib Isyak dan mandi sebab sampai accomodation pun dah pukul 6 lebih dah. Ingat lepas solat dan mandi tu nak keluar ke Myeongdong.


Trip kitorang kali ni sebenarnya kitorang nak jelajah filming location. Jadi aku dah siap print gambar dari KDrama dan Reality Show kat Korea ni guna Photobook. Weh gigihnya aku weh. Tapi tak semua sempat pergi.
Aku akan sambung lagi kat Part 2 pasal Myeongdong.

안녕!

#ootd #seoul #southkorea #myeongdong #autumn #sinchon #incheoninternationalairport #davidhouse #iphone #airasia #klia2 #tmoney #surau #prayerroom

Dicium Cik Koala & Selfie dengan Nabil Ahmad – PERTH, AUSTRALIA 2018 PART 4

Untuk Part 4 ni iaitu hari ketiga ni kitorang melawat ke Caversham Wildlife Park. Tempat ni popular di kalangan pelancong luar mungkin sebab ada wombat, kanggaru dan koala kot. Caversham Wildlife Park & Zoo ni terletak di Whiteman Park dan antara salah sebuah zoo yang memiliki koleksi terbesar fauna di Western Australia ni.

Banyak haiwan dalam ni dan akan ada seorang guide yang akan tunjuk haiwan-haiwan dalam Caversham ni. Comel sangat semua haiwan dalam ni tapi tak semua sempat ambil gambar. Aku sempat snap gambar dengan kanggaru, koala, wombat dan burung hantu. 

Ni guide kitorang aku lupa nama dia.


Korang jangan lepaskan peluang tau tengok pertunjukkan haiwan di sini. Tak silap ada masa yang ditetapkan untuk pertunjukkan haiwan ni dan antara pertunjukkan yang korang boleh tengok adalah demo cukur bulu biri-biri, pertunjukan whip, bottle-feeding anak kambing dan juga memerah susu lembu. Tapi untuk bottle-feeding anak kambing tu cuma kanak-kanak je yang diorang panggil untuk menyusukan anak kambing tu.

Rakan-rakan biri-biri tengok je rakan kena cukur bulu
Anak biri-biri menyusu. Gelojoh tau diorang menyusu


Masa tengok pertunjukkan ni tiba-tiba je krew dari Astro masuk. Rupanya diorang tengah buat pengambaran untuk Romantika di Astro tu. Jadi selebriti yang dirakam adalah Nabil Ahmad dan isteri. Masa penjaga zoo ni buat demo whip (yang macam koboi tu) tu kan, dia ada panggil volunteer datang depan untuk cuba demo whip tu. Sebab ada Nabil kat situ, kitorang pun jeritlah nama dia (sebab krew suruh 😂), Nabil! Nabil! Dia pun sporting je pergi depan hahaha

Tempat dia special tau hehe


Ada lagi aktiviti lain selain pertunjukan haiwan tu antaranya ambil gambar bersama koala, wombat dan juga bagi makan kanggaru. Tapi masa kitorang pergi ni ada beberapa aktiviti yang tak boleh buat mungkin tutup kot hari tu aku tak ingat. Tapi yang paling aku suka sekali masa bagi makan kanggaru. Nanti sebelum masuk kandang kanggaru, guide tu akan bagi palet makanan kangaru tu. Sikit je dia bagi palet tu tak puas suap kanggaru tu.

Selfie dengan Cik Kanggaru
Bagi Cik Kanggaru makan
Tengok tu dia cium-cium aku pulak. Rasa terancam ke apa?


Ada satu masa ni kitorang tengah beratur tau nak ambil gambar dengan koala, lepas tu aku pelik lah kenapa semua orang lepas ambil gambar terus keluar tau dari kandang koala tu. Rupa-rupanya ada benda lagi popular dari koala tu. Masa aku keluar tu rupanya diorang tengah ambil gambar dengan Nabil Ahmad lah. Hehe. Tapi Nabil bagus walaupun sibuk ada pengambaran tapi bila kitorang panggil semua orang dia layankan je ambil selfie.

Nabil ambilkan selfie
Kesian wombat tu stress

Nak ambil gambar dengan wombat kena beratur tau ramai sangat. Wombat pun jadi tak ketahuan hala dah sebab penat bergambar siap berak pula tu 😑😑

Lepas je habis beraktiviti tengok haiwan-haiwan, kitorang duduk dekat satu sudut dalam Caversham tu ada beberapa meja piknik untuk kitorang makan. Mama buatkan bekal sandwich salmon seorang satu. Sedap weh burger salmon tu. Patty salmon tu aku beli dekat kedai runcit bawah apartment. Aku lupa jenama apa.

Burger Salmon

Sedap burger salmon ni walaupun masin-masin sikit tapi tebal patty dia.
Habis makan tu kan, aku pergi la tandas kat sebelah tempat kitorang piknik tu. Masa tu gigih la bawa botol pergi tandas rupanya tandas kat Caversham ada getah paip lah dalam tempat membuang tu. Pertama kali pergi luar negara tandas ada paip. Tak tau lah kot tandas tu je ada paip tapi yang pasti aku teruja lah kat situ.

Tak jauh dari Caversham tu kitorang singgah di The Margaret River Chocolate. Sebenarnya takdelah singgah sangat sebab ada dalam itinerari. Tapi kitorang pun tak lama sangat kat sini almaklumlah tempat shopping coklat je. Tak besar sangat tempat dia tapi banyak la coklat yang diorang jual. Tapi yang pasti aku banyak kaut coklat tester je. Satu sebab free satu lagi sebab sedap. Ada 3 jenis coklat tester dia letak tapi dalam bentuk coklat coin lah iaitu milk choc(ke caramel tah tak ingat), dark choc dengan white choc.

Tempat coklat tester
Aku kaut banyak ni memang unlimited semua ni
Sedap nampak coklat ni tapi mahal jugak
Tak beli tapi semua nampak yummy
Coklat Pete Aussie dan Coklat Quokka
Beli sikit sebab nak rasa
Sea Salt Caramel Ice Cream


Sekejap je kat sini. Lepas tu tak jauh dari chocolate factory ni kitorang singgah kilang madu. Banyak produk berasaskan madu tau. Dari sabun, aiskrim, lilin, skincare dan banyak lagi la. Bukan setakat tu je, madu asli diorang pun ada pelbagai jenis tau. Aku tak ingat berapa jenis tapi memang banyak la aku rasa tester kat satu ruang yang dia letak madu tu. Tapi tak beli pun 😂

Aiskrim madu asli dengan aiskrim madu coklat
Tak ingat air apa rasanya air honey sparkling sebab bergas sikit.
Ni ruang letak tester madu. Tekan je kepala pam tu dalam piring plastik tu.
Ni aiskrim madu.Sedap sangat creamy betul. Harga dalam AUD$4-5 tak silap


Tak silap habis lawatan ni semua sampai tengah hari je kot. Aku tak ingat la apa jadi tapi yang aku ingat lepas sampai apartment tu aku keluar balik dengan Kakak sebab kitorang dua nak beli juga Apple Strudel tu. Sedap Apple Strudel ni tapi tula portion agak besar memang simpan untuk esok jelah. Kitorang ada beli cream puff juga. Sedap cream puff dia. Isi padat weh bukan semata-mata cream puff angin.

Gemuk cream puff dia
Yay akhirnya dapat juga. Besaq tau boleh makan 4 orang.


Sebenarnya kan trip aku ni ada aturcara pergi Watertown Brand Outlet tapi aku tak ingat hari apa dan aku tak ada langsung gambar kat situ. Jadi abaikan jelah sebab seingat aku JPO lagi best dari Watertown ni. Aku ingat kat sini aku beli kasut kawan aku, Edlya dengan beg dia je. Masalahnya semua barang dia, barang aku tak ada. 😑😑

Esoknya dah hari terakhir di Perth. Huhu sedihnya. Untuk hari terakhir esoknya iaitu Part 5, aku nak cerita aku pergi makan fish & chips yang popular tu dan juga kat mana korang boleh beli souvenir yang murah di Perth.

Bye!

Jumpa Mira Filzah & Hisyam Hamid Di Perth?! – PERTH, AUSTRALIA 2018 PART 3

Macam yang aku dah bagitahu post lepas, pada hari kedua ni aku akan pergi petik oren dan juga ke Blue Boat House yang viral tu. Tapi mesti korang paling nak tau pelakon Malaysia mana aku kejar tu kan? Hehe, kejap lagi aku cerita. Baca sampai habis ye. Pagi-pagi lagi kitorang dah keluar tunggu kat lobby sebab nak pergi petik oren dekat Golden Grove Citrus Orchard.

Depan apartment, The Alderney Hay


Dusun oren ni jauh sikit kira-kira 45 minit dari Perth. Sekali masuk sini AUD$23 (RM70) termasuk 2.5kg oren yang kita boleh bawa balik dari dusun tu. Korang nak makan buah tu terus kat dusun tu pun boleh. Sedap dan manis buahnya tapi ada juga yang masam. Nak ke dusun oren tu lepas korang park kereta atau bas, korang akan dibawa naik jeep ke sana. Kitorang masing-masing bawa balik 2.5kg buah oren. Jadi total untuk 4 orang = 10kg 😂 habislah nak habiskan. Dusun oren ni ada cafe dan tempat beli souvenir juga tau.

Group picture sebelum bertolak ke ladang oren
Staf bagi taklimat buah oren dia
Dusun oren Valencia
Ada kambing panggil masa ni
Beli madu as souvenir


Lepas habis petik oren tu, bas pun patah balik pergi bandar Perth ke destinasi seterusnya iaitu The Bell Tower. Aku tak masuk Bell Tower ni sebab kena bayar tapi dari jauh dah boleh dengar bunyi loceng-loceng berdering. Aku lebih banyak ambil gambar kat luar Bell Tower tu je sebab ada love locks kat situ. Sebenarnya masa dalam perjalanan pergi Bell Tower ni kitorang terjumpa dengan Michael Ang. Sempatlah selfie dengan dia.

Jambatan Elizabeth Quay
Taman untuk bersiar-siar dan bersenam
Jumpa Michael Ang masa ni
The Bell Tower
Love Locks di luar The Bell Tower


Sekejap je kitorang dekat Bell Tower ni sebab lepas tu kitorang dibawa ke Perth Mosque untuk solat jamak Zohor dan Asar. Tapi jangan risau ya sebab telekung semua dah disediakan dalam masjid tu. Cuma tempat wuduknya tak banyak sangat tak silap ada dalam 3 paip je kot. Tapi okaylah sebab asing tempat wuduk lelaki perempuan.

Perth Mosque


Lepas semua siap solat tu, kitorang dibawa melawat ke Blue Boat House yang viral tu. Sebenarnya kan sebelum kitorang sampai kat Blue Boat House tu ada group kitorang bagitahu yang Nabil Ahmad ada datang situ waktu pagi tu. Blue Boat House ni kat tepi jalan je jadi kalau korang datang naik kereta jangan park tepi jalan tu tapi pergi cari tempat parking yang disediakan. Kalau malas naik bas je. Ada bas berhenti kat kawasan ni.

Sejarah Blue Boat House
Expectation
Reality


Aku tau korang mesti tunggu pelakon Malaysia mana yang aku kejar tu. Haa.. tunggu la dulu nak masuk part yang best dah ni.Mengikut tentatif petang tu kitorang pergi King’s Park & Botanic Garden. King’s Park ni kan adalah taman terbesar di dunia. Tak silap la taman ni adalah untuk memperingati pejuang-pejuang diorang sebab banyak aku nampak tablet dengan nama-nama pejuang diorang dan ramai yang datang letak bunga mengelilingi satu perigi yang dinyalakan api kat tengah-tengah dia. Lagi satu sebelum masuk ke taman ni korang akan nampak tablet-tablet nama pejuang tu diletak kat bawah pokok-pokok. Korang boleh tengok seluruh bandar Perth dari sini tau.

Dari King’s Park boleh nampak view Perth
Perigi pejuang Australia


Mula-mula aku dengan Kakak jalan santai-santai je tapi tetiba kitorang nampak seseorang pakai hijab muka macam kenal. Sekali tengok laa Mira Filzah weh. Kitorang pun mula sesi kejar mengejar sebab dia dengan pembantu dia tu jalan laju semacam je. Yang kitorang pun satu tak terfikir nak panggil dia. Khalish nampak kitorang kejar Mira Filzah dia pun ikut juga. Nak juga mamat tu pun 😂. Nasib baik pembantu Mira perasan kitorang kejar. Jadi dapatlah kitorang ambil gambar dengan dia.

Mira Filzah


Lepas berpuas hati bergambar dengan Mira Filzah tu kitorang pun pusing lagi taman tu sebab macam lapaq tapi tak tau nak makan apa. Tengah jalan-jalan tu, tetiba Zul dari group kitorang panggil dia kata;


“Jom ambil gambar dengan Mira Filzah, kitorang jumpa dia dengan pelakon lain kat sana” – Zul


Dia tak tau kitorang dah ambil gambar dengan Mira tadi cuma nak cari orang lain pula je. Jadi, kitorang pun pergilah ke set pengambaran drama tu terjumpalah Hisyam Hamid. Masa tu diorang dah habis shooting dah hari tu. Maka dapatlah lagi satu foto dengan Hisyam Hamid.

Hisyam Hamid


Masa tu Fikry Ibrahim ada tapi dia macam tengah sibuk je jadi malas nak kacau bergambar dengan dia. Uqasha tak ada masa tu. Mungkin bukan babak dia kot. Tapi ada salah seorang dari group travel aku hantar gambar Uqasaha Senrose dengan Hisyam Hamid masa hari pertama kitorang sampai kat whatsapp group.


Dah berpuas hati untuk kali yang kedua kitorang pun naik bas balik apartment. Ingat nak ronda London Street sebab London Street ni tempat dia ala-ala London la kiranya tapi dah macam penat dan lagi satu dah nak gelap. Jadi, malam tu aku keluarlah satu family pergi kedai runcit belakang apartment tu. Rise Supermarket East Perth nama dia dan dia buka 24 jam. Dekat bawah apartment tu pun ada juga kedai runcit tapi kecil je tak ada jual barang basah. Seronok kedai tu macam-macam ada, besar pula tu. Apa lagi mama abah beli barang-barang nak masak sebab apartment kitorang ada dapur. Ada juga barang-barang halal kat situ dan staf dia pun macam Pakistan je.

Kedai runcit berdekatan apartment
Macam pasaraya versi mini
Pelbagai jenis susu
Best kedai ni buka 24jam
Ada banyak aiskrim yang nampak sedap tapi tak beli pun sebab sejuk sangat
Mutton dalam tin ni ada cop HALAL ye.
Manis juga M&M perisa ni. Fillings rasa macam coklat kek sikit
Roti sosej brand Mrs Macs ni HALAL ye.
Coklat Cadbury biasa je takde apa-apa fillings pun
Orang cakap Cadbury Freddo ni sedap tapi rasa coklat Cadbury biasa juga takde fillings special pun.


Cadbury kat Australia kalau nak tau halal ke tak boleh tengok link di bawah ni :
https://www.cadbury.com.au/Products/Halal-Products.aspx

Konklusinya, itu saja untuk Part 3. Kita jumpa di Part 4 pula ya di mana aku jumpa seorang lagi selebriti Malaysia. Amboi, dekat Malaysia bukan main lagi susah nak jumpa artis atau selebriti. Dekat luar negara senang je kan.

Bye!

Terkejut Jumpa Susu & Pandora Murah! – PERTH, AUSTRALIA 2018 PART 2

Untuk Part 2, sambungan masih pada hari yang sama sebab yelah sampai sana pun pukul 5 pagi haruslah berjalan-jalan. Untuk pengetahuan korang, waktu kat Perth sama tau macam waktu kat Malaysia. Kalau kat Perth pukul 5 pagi dekat Malaysia pun pukul 5 pagi juga. Dari airport tu kitorang terus naik bas ke bandar.

Sampai dah Perth City Centre


Sampai je kat pusat bandar tu, Khalish (tour leader kitorang) bawa jalan-jalan dulu sebelum check-in. Khalish ajar kitorang cara naik bas kat sini. Kebiasaannya bas shuttle dalam bandar kebanyakkannya FREE je kalau naik CAT bus. Kalau korang nak pergi luar dari bandar, contohnya nak ke Blue Boat House tu korang kenalah naik bas yang berbayar. Tapi aku tak tau mahal ke tak sebab aku tak naik bas berbayar tu.

Bus Stop untuk CAT bus


CAT bus ni bus stop dia merata jugalah. Dekat board tu selalunya ada estimation time so korang bolehlah agak-agak bila bas akan sampai. Tak silap la CAT bus ni ada 4 line berwarna iaitu (tak silap aku) warna merah, biru, kuning dan hijau. Laluan dia korang boleh lah Google je atau periksa kat board tu.

View dalam Bas


Sebenarnya masa nak ke bus stop ni, aku terjumpa ada Malaysian buat pengambaran drama cerita “Rahsia Hati Perempuan”. Masa tu aku ternampak Hisyam Hamid dengan Uqasha Senrose kot. Tak semua pelakon ada masa tu, yang ada pun Michael Ang.

Murray Street


Kitorang dibawa ke Woolsworth atau Australian panggil ‘Wooly’ di Murray Street, sebab tak sarapan lagi masa tu. Aku ada beli susu, roti, buah, coklat dan kek untuk brekky (Australian sebut brekky untuk sarapan) pagi tu. Aku nak nasihatkan sebelum pergi melancong ke mana-mana negara, tolong pastikan korang dah selidik pasal makanan apa yang boleh dimakan, snek apa yang boleh beli sebab bukan semua negara ada tanda ‘HALAL’ dan tak semestinya tak ada tanda ‘HALAL’ tu korang tak boleh makan. Jadi periksa dulu ye korang. Atau lebih bagus korang boleh tengok kat Facebook je cari je Halal Food in Australia atau Boikot Halal Food ke. Untuk pengetahuan korang, page yang boikot halal food ni kebanyakkan yang follow adalah Muslim 😂😂

Susu diorang kebanyakkannya AUD$2 je even yang 1L. Dahlah murah, fresh pula tu
Raspberry ni sedap masam-masam manis
Pod Twix ni sedap tapi manis jugak la
M&M ni sedap tapi manis jugak
Strawberi ni nampak sedap dan manis
Ada jual egg white saja
Instant foods – tak pasti halal ke tak sebab tak beli pun
Rempah dan paste dari Asia
Kek brand SaraLee tu halal tau sedap pulak tu.


Lepas brekky tu, aku jalan-jalan la dengan family aku kat Murray Street tu. Berdekatan dengan Wooly tu kitorang jumpa kedai Pandora. Pandora ni kat Australia agak murah berbanding Malaysia dan staf tu cakap dekat Perth dengan Melbourne kot tak silap antara yang terbesar. Staf yang layan kitorang tu orang Cina Malaysia asal Sabah tapi dari kecil duduk Perth.

Dia pandai recommend charm dengan gelang yang sesuai untuk pelanggan. Dia kata kulit aku sesuai untuk warna Rose Gold padahal aku nak Silver je (sebab murah). Tapi dah alang murah tu aku ambil jelah Rose Gold. Silver sesuai untuk orang kulit cerah dan Gold sesuai untuk kulit kuning langsat bak kata staf tulah. Charm dia aku ambil yang bentuk love tu. Bukan senang nak dapat kat Malaysia kan. Jadi, setelah sejam dalam kedai tu, siaplah aku pilih gelang Pandora aku (gambar bawah). Satu set ni dalam RM1500++ tak silap aku tak ingat. Kalau kat Malaysia mungkin harga satu set camni dalam RM1.8k – RM2k kot. Memang tak murah tapi dah alang-alang kumpul duit dah tu baik beli je. Kakak dan Mama beli juga tapi lupa diorang beli apa.

First gelang Pandora aku. Hari first pun dah shopping banyak dah.


Lepas shopping tak tentu hala dekat Murray Street tu, kitorang kena tinggal sebab semua rakan-rakan group dah check-in dulu. Khalish ada whatsapp cari kitorang kat group tapi disebabkan aku tak baca aku tak tau semua orang dah check-in. Tapi nasib baik bus shuttle merata kat bandar so tak adalah sesat sangat nak cari apartment kitorang. Tak silap apartment kitorang dekat kawasan Hay Street. Aku lupa dekat mana sebenarnya tapi rasanya Hay Street.

Petang tu aku keluar balik dengan Kakak pergi bandar sebab aku nak pergi Corica Pastries yang terkenal dengan Apple Strudel tu. Apple Strudel ni adalah sejenis pastry berlapis yang berbentuk oblong dengan filling apple di dalam. Dekat Perth ni ada lagi satu kedai strudel yang terkenal dengan Durian Strudel. Nama kedai tu Freddie Strudel dimiliki oleh seorang Cina warga Singapore. Tapi aku tak pergi Freddie ni sebab kat Singapore pun ada jual Durian Strudel ni.

Apple strudel versi small


Besar tau apple strudel ni walaupun ambil set yang paling kecil. Tak silap harganya AUD$25 (RM75) dan boleh makan 3-4 orang kot. Corica Pastries ni kalau nak pergi korang boleh pergi naik CAT bus je. Bus stop tu memang dekat dengan kedai ni. Aku naik Blue CAT bus dan turun kat Aberdeen Street.


TAPI…
Malangnya kedai tu dah tutup weh sebab aku tak periksa waktu bekerja dia masa tu. Aku lambat 5 minit je. Pilu je rasa dahlah jauh naik bas pastu siap tukar line lagi sampai-sampai je dah tutup.

Ambil gambar kedai jelah


So, kitorang pun balik la pergi Murray Street balik. Jalan-jalan sat tapi malangnya kedai tutup pukul 6 weh 😅 alahai. Pastu kitorang tekad balik jelah apartment sambil jalan kaki. Jauh la jugak tapi sebab sejuk dan ada view yang cantik jadi tak adalah rasa penat sangat. Sempat la kitorang singgah 7-Eleven dalam perjalanan balik tu. Aku beli air jenama Dare ni. Aku suka jenama Dare ni lagi dari Barista.

DARE Caramel Latte. Sedap weh perisa ni aku suka.


Sepanjang jalan balik tu ada la aku jumpa tugu peringatan tapi aku lupa siapa yang kat tugu tu sebab ada beberapa jugak la yang aku ingat. Best sangat jalan malam-malam sebab cuaca pun ok, jalan pun tenang-tenang je. Adalah aku terperasan ada beberapa pub yang masih buka. Tapi kan yang bestnya pub diorang pun macam tenang-tenang je. Lagu pun sentimental je. View dari luar pun tak nampak macam pub tapi macam kedai cafe & dessert je.

Salah satu tugu peringatan di tengah bandar


Tak silap la dalam perjalanan balik tu aku ada singgah kedai runcit Korea tau. Memang banyak barang-barang makanan Korea kat situ. Staff pun Korean dan diorang cakap Korea sepanjang aku ada dalam kedai tu. Aku perasan kedai runcit sini ada yang bukak 24 jam dan aku jarang nampak 7-Eleven kat sini. Sepanjang 5 hari kat Perth aku jumpa satu tu je 7-Eleven. Diorang banyak kedai runcit brand sendiri kot.

Bersambung ke Part 3 pula ye yang mana aku akan pergi petik oren, melawat Blue Boat House dan kejar pelakon dekat King’s Park. Siapakah pelakon itu? Tunggu la post seterusnya.

Bye!

I haven’t been everywhere, but it’s on my list

Design a site like this with WordPress.com
Get started